Antara byk2 ciptaan Allah S.W.T, aku rasa aku paling mengagumi langit..
Saat2 kesunyian aku sering memandang kelangit, seolah2 langit mengerti perasaan, apa yg aku lalui dan perjalanan hidup aku..
Semasa kecil, pada waktu malam aku sering memandang kelangit..melihat bintang2 berkerlipan..dan aku paling suka memerhatikan 'Bintang Tiga Selari', korang pernah perasan tak bintang tu dilangit pada waktu malam..?? itulah bintang aku sahabat sejati aku dari kecil.. :)
Semasa kecil juga semasa memandang pada langit malam, aku sering berangan2 yg aku boleh terbang bebas..alangkah indahnya..dan aku juga pernah berangan2 utk menjadi angkasawan..huhu..
Tanya, berapa ramai antara kita yg semasa kecil pernah menyimpan impian utk menjadi angkasawan ?? kenapa aku tanya? sebab bagiku sesiapa yg pernah semasa kecilnya pernah menyimpan angan2 utk menjadi angkasawan adalah mereka yg mempunya impian yg sgt tinggi.
Jadi, aku tanya lg sekali, selain aku siapa lg yg semasa kecilnya pernah menyimpan impian utk menjadi angkasawan ?? :)
Langit yang tahu
Betapa aku mencintaimu…..
Betapa aku merindukanmu….
Berharap kau mengerti kasihku….
Berhapar kau memahami kasihku
Tataplah langit itu
Maka bintang-bintang akan membisikimu
Tentang diriku……….
Tentang cintaku……
Sebab sayang dan kasihku memang untukmu
Sep 22, 2008
Aku sipemuja langit
Posted by Unggas Langit at 1:38 AM 0 comments
Labels: Langit.Kehidupan, Manusia
Sep 21, 2008
Setiap yg mempunyai roh..
Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika seorang lelaki sedang berjalan di jalanan dan beliau amat kehausan, tiba-tiba beliau terjumpa sebuah telaga. Beliau segera turun ke dalam telaga tersebut untuk meminum airnya. Kemudian apabila beliau keluar dari telaga tersebut, beliau melihat seekor anjing mengeluarkan lidahnya menjilat-jilat debu kerana kehausan.
Lelaki tersebut berkata di dalam hatinya: anjing ini mesti kehausan seperti aku. Oleh itu, beliau turun semula ke dalam telaga dan memasukkan air ke dalam kasutnya yang diperbuat dari kulit iaitu khuf dan menggunakan mulutnya untuk menggigit kasut tersebut supaya dapat membawa naik kasut yang berisikan air itu untuk diberikan kepada anjing tersebut. Melihat hal itu, Allah berterima kasih kepadanya, dan mengampuninya. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya perbuatan kita terhadap binatang seperti anjing tersebut boleh mendapatkan pahala? Rasulullah s.a.w menjawab: Setiap yang mempunyai roh (bernyawa) ada pahalanya.
(Muttafaq alaih)
Posted by Unggas Langit at 5:46 PM 0 comments
Labels: Kehidupan, Kisah Rasul, Manusia, Tauladan
Kisah Rasullullah SAW dgn limau masam..
Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.
Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan senyuman. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.
Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan 'Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. sebab itu saya habiskan semuanya'.
Begitulah akhlak Rasullullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang yang bukan Islam pula.
Posted by Unggas Langit at 5:45 PM 0 comments
Labels: Kehidupan, Kisah Rasul, Tauladan
Syukur
Syukur,
Bangun difajar subuh dengan hati seringan awan
Mensyukuri hari baru penuh sinar kecintaan
Istirahat diterik siang merenungkan puncak getaran cinta
Pulang dikala senja dengan syukur penuh dirongga dada
Kemudian terlena dengan doa bagi yang tercinta dalam sanubari
Dan sebuah nyanyian kesyukuran terpahat dibibir senyuman.
Posted by Unggas Langit at 5:42 PM 0 comments
Negeri untuk malaikat bumi
Negeri itu bukan negeri mimpi..sayang..
Negeri itu..alunan asa..
menarilah disana..
Hamparkan setiap asamu dalam setiap tarian..
tarianmu indah..seindah asamu
jangan berhenti..teruslah..teruslah
hingga asa menjadi nyata
itulah tarian mu yang sesungguhnya
dan ingatlah...
Ketika kau jejakkan langkah
maka telah kau kitari seluruh penjuru dunia
karena langkah mu bebas
sebebas gerak langkah angin yang meniupi awan
ketika kau tersenyum..
senyummu itu mendamaikan dunia..
karena keikhlasan terpancar disana
kau tak perlu pusingkan atas kebobrokan negeri
tersenyumlah...karena itu mendamaikan hati kami
ketika kau berkata..
kata-kata itu hiburan hati kami..
yang rindu setiap perkataan jujur hati nurani..
yang sudah bosan akan kebohongan dan kemunafikan para pemuja setan
yang kini tengah mengerogoti masa depan kalian.
Maka..tetaplah berdiri di negeri itu..
kami akan menjaga mu..dengan hati
tetaplah menari disana..
kami akan menuntun setiap langkah tarian
dendangkan lah asa..
dan kita akan berdendang bersama
dan tetaplah di negeri itu..hingga saatnya tiba..
negeri yang mengajarkan mu menjadi seorang yang berarti
negeri yang indah
negeri yang selayaknya didiami
Oleh seluruh malaikat bumi..
Oleh seluruh anak-anak di penjuru bumi
Posted by Unggas Langit at 3:50 PM 0 comments