Sep 22, 2008

Aku sipemuja langit



Antara byk2 ciptaan Allah S.W.T, aku rasa aku paling mengagumi langit..
Saat2 kesunyian aku sering memandang kelangit, seolah2 langit mengerti perasaan, apa yg aku lalui dan perjalanan hidup aku..

Semasa kecil, pada waktu malam aku sering memandang kelangit..melihat bintang2 berkerlipan..dan aku paling suka memerhatikan 'Bintang Tiga Selari', korang pernah perasan tak bintang tu dilangit pada waktu malam..?? itulah bintang aku sahabat sejati aku dari kecil.. :)

Semasa kecil juga semasa memandang pada langit malam, aku sering berangan2 yg aku boleh terbang bebas..alangkah indahnya..dan aku juga pernah berangan2 utk menjadi angkasawan..huhu..
Tanya, berapa ramai antara kita yg semasa kecil pernah menyimpan impian utk menjadi angkasawan ?? kenapa aku tanya? sebab bagiku sesiapa yg pernah semasa kecilnya pernah menyimpan angan2 utk menjadi angkasawan adalah mereka yg mempunya impian yg sgt tinggi.

Jadi, aku tanya lg sekali, selain aku siapa lg yg semasa kecilnya pernah menyimpan impian utk menjadi angkasawan ?? :)

Langit yang tahu

Betapa aku mencintaimu…..

Betapa aku merindukanmu….

Berharap kau mengerti kasihku….

Berhapar kau memahami kasihku

Tataplah langit itu

Maka bintang-bintang akan membisikimu

Tentang diriku……….

Tentang cintaku……

Sebab sayang dan kasihku memang untukmu

0 comments: